Ibu,mama,ummi,emak dan mek.. adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak.
Air mata, kelembutan, kasih sayang dan teman di masa susah atau senang adalah sebuah nukilan khas yang boleh saya dedikasikan buat ibu saya. Malah hemat saya juga tersemat utuh menyatakan semua ibu di dunia ini punya rasa yang sama. Naluri keibuan ini adalah sunnatullah yang tercipta bermula daripada Hawa AS. Jadi semestinya semua ibu, bakal ibu malah semua wanita mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan. Semestinya benar, bukankah begitu?
Dulu, Kisah sebuah memori
Masih tersemat utuh dalam ingatan saya betapa mek saya cukup mudah mengalirkan air mata. Arwah abah adalah seorg bapa yg sgt tegas dan garang dlm mndidik anak2..Setiap kali sy lakukan ksalahan mek cb untuk smbunyikan dr abah bimbang sy teruk kna rotan.Semasa saya dirotan abah,mek selalunya akan membela dengan aliran air mata.
Suri rumah sepenuh masa menjadikan anak-anak amat rapat dengan mek. Masih terbayang di minda saya hingga kini betapa kalutnya mek saya setiap pagi menyediakan sarapan sebelum saya ke sekolah. Mghantar sy sampai kepintu pagar shingga sy hlg dr pndangan..Bgitulah rutin harian mek.
Masih terngiang kata-kata mek bila saya mula berdegil tidak mahu bersarapan, "Minum lah sikit baru cergas dalam kelas" atau kadang-kadang mek juga mengugut jika saya tetap berdegil, "Tak baik tu, minum sikit nanti tak berkat belajar". Mungkin kerana takut dengan ugutan, saya selalunya akan memaksa diri minum juga walau seteguk.
Semasa abah mninggal sy dan adik beradik menagis,mek hnya menelan airmata.Katanya bialah abah pergi dgn tenang tanpa sebutir airmatanya jatuh d tepi jenazah abah.Selepas abah mninggal terlalu byk dugaan yg mlnda kami..sy sakit teruk..brmacam2 musibah tp mek ttp tabah..mnjaga sy siang dan mlm tnpa jemu..xlama kemudian,kakak sy pula dijemput Ilahi..meninggalkan 3org anak yg msih kecil. Ketabahan mek teruji jg..hampir pengsan ketika anak bongsu arwah yg br brusia 9bulan menangis hndak susu sewaktu jenazah di bawa ke kubur.
Begitu jg slps sy dh bkerja,dia slu bgun pg2 wat nasi grg. bg sy wlu nc grg dia sgt simple tp sdp sgt..cuma kdg2 ego sy tinggi slalu wat mek kecik ht..bila sy kenang kmbali,sy sgt menyesal..ampunkan sy mek..
Trlalu besar jasa mek pd sy dan jg anak sy..hingga ke saat ini walu sy sdh ada kluarga sndiri dia msh lg xjemu mhulur pd sy..Demi Allah walu sy jauh dr mek tp sy sentiasa kenang dia..doa sy setiap hr xpnh jemu agar sy sempat menghntar dia ke Mekah lg..dia selalu ckp dia rindu Mekah yg pnh dikunjungi bersama arwah abah..Insya allah mek..
Doa ini untuk orang tua yang masih hidup;
'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..."
Untuk yang sudah meninggal :
"YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah
bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.."
seorang aku..

