hihi cute....

hihi cute....
Hi eberibodi..tenkiu cos jengok blog sy..nama sy kartini..31 thn yg lalu sy dlahirkan d kg delima wakaf bharu kelantan.....tepat pukul130 thghr pd hr jumaat..org kta org yg lhir tghr buta nii krs kpala..xtau;la mgkin ye jgk.. itu cerita 31thun lps...dh lm sgt dh..sy mmbesar d kg klhirn sy jg,ms tadika,sy nkl n aktif suka bkwn ngn bdk2 lelaki..sy pon suka ikut kazen lelaki sy msuk hutan lastik burung..best sgt ms 2...hmmm...

Saturday, August 11, 2012

seorang aku..coretan dlm kereta sdg mnunggu kwn ke mjlis khatam quran..



sdh gk lm brsawang blog sy ni....xde masa,mls,xtau nk tulis ape...pe pom, sy hepi dgn hdupskrg..nak sdh 2. walu kdg2 xde ms untjk diri sndiri tp seronlk bila tgk wjah ank2..tgk merek mmbesar...awis xdela main ngn robot je..rumah dh xsunyi..
sjk kelahiran akif rezeki kami skuarga smkin mlimpah ruah..rahmat xptus2 dr Alah..sy tunggu slma 6thn utuk promotion jwatan sy skrg..sy mnngis bila dpt srt lntikan..btafakur mmuji kbsaran Allah ats sgala nikmatnnya yg xtrhingga..


Sunday, March 25, 2012

Suatu kelahiran yg indah...

13 Mac 2012...
5.00 am..
perut rs mcm memulas..eh mimpi ke sy pg2 nih...dh smpi ms ke..due lmbt lg...
alamak keje byk lg xsiap..bgun wat claim tabika jap..


6.00 am..
sakit dh mkin kuat..peritnye kt ari2..kejutkn suami yg enak tido.dia bgun n solat  subuh..aik..pjgnye doa....ooo doakn sy slmt yer?hnset dh hbs kredit dh..cne nk col pgasuh lm awis nk mtk jg dia smntara opah dia dtg..dlm muka dh bkerut2 srh suami pegi bli topup n nc lmak..org pesan mkn knyg2 nt ada tnaga nk mneran..msih xsiap2 menaip lg..tp smpat update status fb..


7.00 am..
Ya Allah sakitnyer perut nih...dh mkn kuat dh..smpi nk mndi pon kna dduk..aduh..suami yg npk mcm panik sbb col pgasuh lm awis xagkt2 col kkak ipar dia plak,mjur xkeje..ok.. xnk sshkn org suami ckp nk g htr awis kt umh dia..dlm muka merah mnyala..sakit dh krap dh..mkn 2.3 sudu nc pn mcm telan batu rs..


8.00am...
turun dr umh..nk g htr awis ke umh pakcik dia..tb2 diorang col..srh g hospital trus dahulukn sy yg dh skit sgt..syukur diorg mmahami..awis pon baik je..siap tny ummi sakit ke..awis tlg urut yer..alahai ksian awis...


8.30 am..
smpi HTAA,..trus ke pusat brsalin biasa..bila diorg cek dh open 4cm,sy tpksa ke pusat bsalin berisiko sbb mgkin ceaser lg..redha dh cuma risau kt awis kt luar tkut pkcik dia lmbt smpi...xdptla suami teman sy kt labor room nt..sedih lak rs..smntara mnunggu ambulan,sakit dh mkn kuat..ctg pon lju jer..


9.20 am..
dlm 40minit sy rs mcm nk mneran dh..mmisi n doktor kt ctu xbg..tunggu puan kartini awk xbleh deliver lg..not fully open..aiseh...doktor sy rs mcm nk mneran sgt2 ni...cek skli lg...ayoyo...ketuban pecah hbs kt bju doktr.kik kik...ayoyo...she already fully...quikly send her 2 room now...trcari2 suami kt luar xde..sedih,xpelah mgkn dia jg awis..dlm dktr n misi  kalut2 smpi xsmpt nk tukar bj n kain sy..suami msuk dlm blik bsalin...awis dh blik jengka amik opah n atuk..


10.54 am..
setelah btarung nyawa,, yg paling buat sy bsemangat nk cb bsalin normal adalah kerana awis..sy asek pikir dia,nk cpt sihat,xnk ceaser lg,xnk sakit lm2..sbb nk jg ank2 nt..ampunkn dosa b pd abang...suami angguk,abang selalu maafkn b jgn risau,kuatkn smangat b...dgn lafaz Allahuakbar..lahirlah Muhammad Akif Daris..hanya Allah yg tahu betapa sy gembira bcmpur baur..segala ketakutan,kebimbangn,mitos brsalin hlg dlm skelip mata...dpermudahkn proses klahiran,sakit xlm,semua blaku dlm skelip mata...Syukur xterhingga...






seorang aku..

Sunday, February 5, 2012

nikmat dan derita seorang ibu...

     Sedar xsdr dh sbulan Awis ikut sy ke sekolah....penatnyer Tuhan sj yg th..dlm mnjalankn tugas sbagi pndidik dan mnjaga dia yg msh lg kcil br 3thn pon,untk bsekolah...ada ms dia mragam,mnangis mgntuk,nk susu,nk ummi teman tido...mcm2..mggu pertama ramai ank murid yg menangis..hbs waktu kerje,sy blik umh rs mcm nk pth pinggang.. kndungan yg smkin mmbesar tmbh buat sy tcungap2..tp Tuhan slu ada brsama,sntiasa mmpermudahkn hr2 sy.sy xsampi ht nk tgglkn dia kt umh org lain yg sy xpsti baik ke buruk orgnyer..stelah pengasuh lm dia sakit..dunia hrni mcm2 bleh jd,dera,trsedak susu,culik,mcm2...nauzubillah...tmbh2 dia dh bsr dh biasa dgn pgsuh lmnye,bila tgl kt org lain dh tntu dia sedih..sy xnk tgk dia mnangis ketika sy start enjin untk bkerja...ht pon xtenang..kputusan yg sy buat ni bg ssetengah org nmpk mcm myusahkn dr tp sy lega bila dia d dpn sy.Rupanya nikmat yang amat besar bagi seorang ibu ialah apabila anak2 berada selamat dalam pelukannya


Jika anda seorang anak, fahamilah hakikat berikut.
Nikmat melihat kejayaan anak hanyalah bonus kerana hanya sebahagian ibu saja yang mendapatnya. Setinggi dan sebesar manapun anak itu kini, tetapi di mata ibu anaknya masih si comel yang baru belajar bertatih. Anak itu akan dipeluk apabila berjaya berjalan. Perasaan bahagia memeluk anak tidak akan terhenti walaupun si anak sudah besar panjang.

Penderitaan yang amat menyakitkan malah melebihi sakit bersalin ialah derita apabila diabaikan oleh anak atau apabila anak sudah tidak lagi mendengar kata2 ibu. Sakit bersalin akan hilang sejurus melihat wajah anak. Sakit rindukan anak juga akan terubat hanya apabila ada anak di sisi. Tetapi sakit apabila perasaan dilukakan anak kerana keingkarannya adalah lebih berbisa dari segalanya. Mungkin inilah sebabnya hukuman Allah begitu berat untuk dosa mengingkari ibu.

Derita si anak adalah derita ibu. Derita ibu belum tentu dirasai oleh anak.

Sebenarnya ada kontrak perjanjian yang tidak bertulis antara anak dan ibu.

Papepon, sy sntiasa brdoa...dia dan adik2nye nnti akn jd ank yg soleh n solehah. ckplah mereka hrgai sy n suami sbagai ibubp yg mlhirkn mereka untk merasa nkmat d dunia..dan Betapa pentingnya  redha dan doa kami secara berterusan untuk kebahagiaan mereka masa depan...

Ya Allah,
Ya Rahman, ya Rahim
Indahkan kehidupan kami dengan kesalehan anak-anak kami
Peliharalah anak-anak kami yang kecil
Kuatkanlah anak-anak kami yang lemah
Sucikan kalbu mereka
Bersihkan kehormatan mereka
Sehatkan badan mereka
Cerdaskan akal mereka
Indahkan akhlak mereka
Gabungkanlah mereka bersama orang-orang yang bertakwa kepada-Mu
yang mencintai Nabi-Mu, keluarganya yang suci, dan sahabatnya yang mulia
yang berbakti kepada orangtuanya yang bermanfaat kepada bangsanya
yang berkhidmat kepada sesama manusia




 seorang aku..

Tuesday, December 27, 2011

Kemuliaan seorg ibu..





1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : ” Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.? ” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.? Berkata para sahabat : Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak. Lalu Rasulullah SAW berkata Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.

Monday, October 17, 2011

Insan kerdil di rantau orang...

Pejam celik dh lbh stahun kt negeri org..bkn senang hdup jauh dr keluarga,walaupun suami di sisi..walaupun kuantan bknlah bandar bsr sebesar Key Ell ataupun segah NEw York..tp bagi sy kerdilnya diri di tempat org.

Pertama melaporkan dr di sini..
kiri dan kanan semua org bz ngn kerja msing2..pertama kali mlgkah ke kelas br..kanak2 ceria n cerdik..bertanya itu dan ini pd sy..berdetik di hati..budak bandar, hmpir trdiam sy dgn prtanyaan mereka.pertama kali bsapa salam dgn org bandar,daifnyer dr sbgai org kampung..hiruk pikuk enjin kenderaan ..tiada lg bunyi mesin ketam padi, tiada lg nasi blauk dpt sy jamah pagi2..pertama kali d negeri org,sy rs rindu pd kg halaman..pd keluarga..rindu pd klas2 yg pnh sy berbakti..damai dihati ssh dicari..namun tenang hati bila suami sntiasa ada di sisi...ssh senang,sakit pening dia sentiasa ada..senyum yg xpnh pudar ketika sy masam..dia ada di mana2..



Dalam pencarian ini, Allah takdirkan pelbagai pengalaman yang cukup berharga. Pengalaman yang tidak akan dapat saya kutip andai hanya menonton video di depan komputer. Pengalaman yang tidak saya kutip andai hanya menghadap buku untuk dibaca. Pengalaman yang dikutip melalui ransangan semua deria. Saya melihat bangunan-bangunan serta tanah yang menjadi saksi. Saya mendengar  suara hati orang Pahang yg selama ini sy hny knl stakat brkawan biasa tp skrg sy sdh mnjd sbahagian dr mereka.. Saya menyentuh dengan tangan tinggalan bangunan yang wujud sehingga kini. Saya membayangkan, apalah agaknya yang akan diluahkan oleh bangunan yang menjadi saksi andai mereka mampu berbicara. Saya cuba merasa, cuba membayangkan setiap peristiwa.




Alhamdulillah.


Kadangkala diri ini terlalu banyak rungutan tanpa sedar terlalu BANYAK nikmat yang dikurniakan. Berbahagialah dengan apa yang ada di depan mata. Berusahalah kerana rezeki sentiasa ada. Berusahalah untuk bahagia.
Banyak hikmah yang perlu saya singkap. Hikmah yang kadangkala tidak saya nampak. 
Yang membahagiakan adalah apabila hati tenang. Hati yang sentiasa bersyukur dan lapang. Apabila bersyukur. Tiada resah, tiada gelisah.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Stelah lbh stahun,sy akur dgn takdir..jodoh dan rezeki sy di sini...rezeki brtambah dgn khadiran nyawa yg sedang bnafas dlm rahim..sy sentiasa bsyukur,walau kdg sukar itu menguji sy..
Andai ada kesukaran atau masalah sekalipun. Alhamdulillah. Moga kita ingat selalu padaNya. Semoga Allah xpnh tglkan sy..Amin..

Moga kalian berbahagia.




Seorang aku..

Wednesday, October 5, 2011

AMANAT YG BERTERUSAN


WAJIB MENYAMPAIKAN ILMU AGAMA DAN KELEBIHANNYA

Firman Allah Taala, maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yangmenyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan pertunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam kitabsuci,  mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. " (159,Surah Al-Baqarah).
"Dan (ingatlah!) ketika Allah mengambil perjanjian setia daripada orang-orang yang telah diberikan kitab, iaitu: Demi sesungguhnya hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya .." (187, Surah Ali Imran).
Hadis Kedua Puluh Tujuh
27- عَنْ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِيُبَلِّغ الشَّاهِدُ الْغَائِبَ فَإِنَّ الشَّاهِدَ عَسَى أَنْ يُبَلِّغَ مَنْ هُوَ أَوْعَى لَهُ مِنْهُ. (البخاري ومسلم)
27 - Dari Abi Bakrah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Hendaklah orang yang hadir (mendengar hadis ku) menyampaikannya kepada orang-orang tidak hadir kerana sesungguhnya diharap orang yang disampaikan hadis itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham daripada yang menyampaikannya.
(Bukhari dan Muslim)
Hadis yang kedua puluh tujuh ini menerangkan bahawa:
(1) Soal menyampaikan ilmu agama adalah menjadi tugas kepada setiap orang yang mengetahuinya.
(2) Orang yang disampaikan kepadanya sesuatu ilmu agama,  boleh jadi ia lebih faham dari orang yang menyampaikannya.
Huraiannya:
1 - Soal menyampaikan ilmu agama: 
Agama Islam adalah agama untuk seluruh umat manusia dan segala bangsa dan dalam setiap masa,  turun temurun hingga hari qiamat. Untuk meneruskanperkembangan Islam dalam segala tempat dan segala zaman itu, NabiMuhammad s.a.w. , meninggalkan pesannya yang berupa perintah supaya tiap-tiap orang yang mendengar hadis Baginda dan ajaran-ajaran yang dibawanya, menyampaikannya kepada orang yang belum mendengarnya.
Dengan itu nyatalah bahawa tugas menyampaikan sesuatu hadis atau sesuatu hukum agama bukanlah tertentu kepada seseorang dengan jalan dilantik, tetapi dengan sendirinya menjadi kewajipan sesiapa jua yang menghadiri mana-manamajlis pelajaran agama, atau hadis Nabi,  atau hukum-hukum Islam,  menyampaikannya kepada orang-orang yang tidak hadir bersama,  dengan sungguh-sungguh jujur dan amanah. 
Demikianlah seterusnya dari seorang kepada yang lain, masing-masing menjalankan tugas menyampaikan ajaran-ajaran Islam,  walaupun orang yang menyampaikan itu sendiri tidak begitu faham akan maksud hadis atau hukum yang hendak disampaikannya itu.
2 - Kewajipan orang yang disampaikan kepadanya sesuatu ilmu agama:
Orang yang disampaikan kepadanya pelajaran itu, wajib menerimanya. Tentang soal memahami maksud hadis atau hukum yang diterimanya, maka ia tidaklahterikat dengan fahaman orang yang menyampaikannya, bahkan ia boleh menyatakan fahamannya dengan berdasarkan kaedah yang tertentu dalam ilmu agama.
Pendeknya orang yang menyampaikan sesuatu hadis atau sesuatu ilmu agama dan Rasulullah s.a.w. boleh diterima daripadanya walaupun orang itu tidak begitu faham akan hadis atau ilmu yang disampaikannya; dan ia akan berolehpahala dengan usaha penyampaiannya itu serta dikira dan golongan ahli agama.
Hadis Kedua Puluh Lapan
28- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ. (البخاري والترمذي)
28 - Dari Abdullah bin 'Amr ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sampaikanlah (apa yang kamu dapat) dari ku walau satu ayat sekalipun; dan ceritakanlah (apa yang sampai kepada kamu) darihal Bani Israel dan (dalam pada itu) tidak ada salahnya (kalau kamu tidak ceritakan). Dan (ingatlah!) sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja,  maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka. 
(Bukhari dan Tirmizi)
Hadis yang kedua puluh lapan ini menerangkan bahawa:
(1) Ilmu agama,  walau sedikit sekalipun, wajib juga disampaikan.
(2) Kisah-kisah Bani Israel boleh diceritakan.
(3) Balasan buruk bagi orang yang berbuat dusta terhadapRasulullah s.a.w.
Huraiannya:
1 - Soal menyampaikan ilmu agama:
Ilmu agama tidak harus sama sekali disembunyikan, bahkan tiap-tiap seorang yang mengetahuinya wajib menyampaikannya kepada orang yang belum mengetahuinya walau pun ilmu itu hanya satu ayat dan Al-Qur'an atau satuhadis atau satu hukum. Dengan itu akan tersebarlah ilmu pengetahuan dan hukum-hukum Islam kepada seluruh umat manusia sebagaimana yang ditugaskan kepadaRasulullah s.a.w. dan umatnya.
2 - Kisah-kisah Bani Israel: 
Kisah-kisah Bani Israel tidak salah diceritakan, asalkan kisah-kisah itu tidak diyakini dustanya. Itu pun mana-mana yang mengandungi pengajaran dan mendatangkan iktibar, seperti kisah kaum yang diperintahkan membunuh diri untukbertaubat dan dosa mereka menyembah patung anak lembu, dan kisah kaum yang telah diubah keadaan mereka kepada keadaan monyet dan babi keranakesalahan mereka melanggar perintah dengan melakukan tipu helah.
3 - Balasan berbuat dusta terhadap Nabi Muhammad S.A.W. 
Dalam hal menyampaikan apa yang datang dari Rasulullah s.a.w., tiap-tiap seorang hendaklah berhati-hati supaya ia tidak melakukan sesuatu yang dusta terhadap Baginda dengan mengatakan perkara yang disampaikannya itu berpunca dari Baginda pada hal yang sebenarnya tidak demikian.

Memperkatakan sesuatu yang dusta terhadap Baginda amat buruk kesannya kepada ajaran dan hukum-hukum Allah yang dibawa oleh Baginda. Oleh itu sesiapa yang sengaja melakukan perkara yang demikian maka berhaklah ia menerima azab seksa yang dijanjikan oleh Baginda dalam hadisnya ini.
Al-Ubbi, ahli hadis yang terkenal pensyarah kitab Sahih Muslim mengingatkan dengan berkata:  perkara yang hampir kepada dusta atau yang berupa dusta,  ialah memperkatakan kalimah-kalimah dalam hadis Nabi dengan sebutan yang salah (yang tidak menurut kaedah Bahasa!Arab); oleh itu, maka tiap-tiap seorang yangberiman hendaklah berjaga-jaga dengan bersungguh-sungguh mengenai hal yang tersebut. Demikianlah juga diperingatkan oleh Imam Nawawi. Al-Ubbi berkata lagi: Sebagai bukti tentang apa yang dikatakan oleh Imam Nawawi dalam hal ini, ialah apa yang telah disalinkan oleh Ibnu Al-Salah dan Al-Asma'i yang pernah mengatakan: "Bahawa perkara yang sangat dibimbangkan terhadap seseorangpenuntut ilmu hadis apabila ia tidak mengetahui ilmu Bahasa Arab, akan termasuk (di antara orang-orang) yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. (sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja,  maka hendaklah ia menyediakan tempatnya di dalam neraka), kerana Baginda tidak pernah menuturkan sabdanya dengan cara yang salah pada kaedah-kaedah Bahasa Arab, maka pada bila-bila masa sahaja engkau meriwayatkan hadis dan Baginda dan engkau menyebutnya dengan cara yang salah, bermakna engkau berdusta terhadap Baginda!".
Dengan yang demikian - kata Ibnu Al-Salah lagi - adalah menjaditanggungan seseorang penuntut hadis untuk mempelajari Nahu dan ilmu bahasa Arab sekadar yang dapat menyelamatkan dirinya dari perbuatan menuturkan hadis-hadis dengan cara yang salah dan dari merosakkan maksudnya yang sebenar serta dari akibatnya yang buruk. 
Bagi pembaca-pembaca hadis Rasulullah s.a.w., hendaklah mereka menerimabacaan Hadis itu dari mulut ahli ilmu hadis yang menjaga dan memelihara sebutannya dengan betul, 
Hadis Kedua Puluh Sembilan
29- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (أبو داود والترمذي)
29- Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang ditanyakan kepadanya mengenai sesuatu ilmu (agama), lalu ia menyembunyikannya nescayaAllah mengekang mulutnya dengan kekang dari api neraka,  pada hari qiamat kelak."
( Abu Daud dan Tirmizi)
Hadis yang kedua puluh sembilan ini menerangkan tentang:
Balasan yang seburuk-buruknya bagi orang yangmenyembunyikan ilmu agama.
Huraiannya:
Sebagaimana yang sedia diketahui, bahawa soal menyampaikan ilmu agama adalah suatu perintah yang ditetapkan oleh Allah Taala dan Rasul NyaNabi Muhammad s.a.w. , .iaitu tiap-tiap seorang yang mengetahui sesuatu masalah agama,  dituntut menyampaikannya kepada orang lain, sebagaimana ia dituntut mengamalkannya untuk kebaikan dirinya sendiri, kerana tujuan ilmu agama itu dipelajari ialah untuk diamalkan dan mendatangkan faedah,  sama ada kepada diri sendiri atau kepada orang lain.
Oleh itu, sesiapa yang menyembunyikan sesuatu masalah agama,  atau tidak mahu menyebarkannya atau menerangkannya kepada orang yang bertanyakan masalah itu kepadanya, sudah tentu ia menentang perintah Allah dan Rasul-Nya dan menentang tujuan ilmu yang ada padanya. Dengan yang demikian, sudah sepatutnya ia dikenakan azab seksa yang seberat-beratnya sebagaimana yang tersebut dalam Hadis ini.
Berdasarkan hadis yang tersebut dan juga Hadis-hadis yang lain yang berhubung dengannya, alim ulama membuat kesimpulan bahawa orang yang ditanyakan kepadanya sesuatu masalah agama, wajiblah ia menerangkannya, dengan syarat: 


Pertama - Orang yang bertanya itu berhak mengetahui masalah yang ditanyakan;
Kedua - Masalah yang ditanyakan itu dari perkara-perkara "fardu ain" kepadanya!
Hadis Ketiga Puluh
30- عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٍ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَسَلَّطَهُ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ وَرَجُلٍ آتَاهُ اللَّهُ حِكْمَةً فَهُوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا. (البخاري ومسلم والترمذي)
30 - Dari Ibnu Mas'ud, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan kepada dua keadaan:  (Pertama) keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda, serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-benarnya; dan (kedua) keadaan orang yang dikurniakan Allah ilmu pengetahuan agama, lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya."
(Bukhari, Muslim dan Tirmizi)
Hadis yang ketiga puluh ini menerangkan tentang:
Dua Kelebihan yang sangat-sangat digalakkan beriri hati kepadanya.
Huraiannya:
Nikmat-nikmat yang diberikan Allah kepada hambanya amatlah banyak,  tidak terhitung. Di antaranya dua perkara yang sangat tinggi nilainya danbesar kelebihannya untuk mencapai keredhaan Allah Taala.
Yang pertama - nikmat pemberian harta benda kepada seseorang yang dapatmenguasai dirinya dan berjaya mengalahkan perasaan tamak halubanya, sehingga dapatlah ia membelanjakan hartanya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-benarnya, bukan membelanjakannya dengan cara membazir atau kerana riak atau kerana menurut kemahuan nafsunya semata-mata.
Kedua - nikmat pemberian ilmu pengetahuan agama kepada seseorang yangmenyedari tugasnya, lalu menggunakan ilmunya itu untuk mengamalkannya dan mengajarkannya kepada orang lain.
Rasulullah s.a.w. menerangkan dalam hadis ini: Bahawa dua nikmat pemberian yang tersebut amatlah besar kelebihannya sehingga mustahaklah tiap-tiap seorang beriri hati dan berusaha dengan bersungguh-sungguh semoga Allah mengurniakannya nikmat-nikmat itu supaya dapatlah ia menggunakannya menurutcara yang sebaik-baiknya seperti yang digunakan oleh dua orang yang tersebut.
Dengan berlakunya keadaan yang demikian, maka sempurnalahkebaikan seseorang meliputi jasmaninya dan rohaninya.
Hadis Ketiga Puluh Satu
31- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا. (مسلم وأبو داود والترمذي)
31 -Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang baik,  adalah baginya pahala sebanyakpahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan,  adalah ia menanggungdosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidakmengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."
(Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)
Hadis yang ketiga puluh satu ini menerangkan: 
Kelebihan orang yang mengajak mengerjakan amal yang baik dan sebaliknya.
Huraiannya:
Sesuatu amal kebajikan, atau sesuatu perkara yang menyesatkan,  banyak juga dilakukan orang dengan sebab ajakan atau pimpinan atau pun arahan orang lain. Demikian pula orang yang mengajak itu, banyak juga dapat menarik orang-orang melakukan perkara-perkara yang disebarkannya itu sama ada baik atau buruk. 
Oleh itu, sesiapa yang mengajak melakukan sesuatu perkara, maka ia adalah bertanggungjawab terhadap perkara itu.
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa setiap orang yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal salih, sama ada amal itu kecil ataubesar,  maka ia diberi pahala sebanyak pahala yang didapati oleh orang yang menurut ajakannya, kerana dialah yang berusaha menyebabkan amal yang baik itu tersebar dikerjakan orang.
Sebaliknya, sesiapa yang mengajak ke jalan melakukan sesuatu amalan sesat,  maka ia akan menanggung dosa,  sebanyak dosa yang ditanggung oleh orang-orang yang menurut ajakannya, kerana dialah yang berusaha menyebabkan perkara yang menyesatkan itu tersebar dilakukan orang.
Demikianlah besarnya kelebihan dan kebaikan yang akan didapati oleh orang-orang yang mengajak, memimpin, menunjuk dan menyebabkan berlakunya sesuatu amalan yang diredhai Allah;  dan sebaliknya amatlah besar padahnya bagi orang-orang yang menyebabkan berlakunya sebarang perkara yang dimurkaiAllah `Azza wa Jalla.
Hadis Ketiga Puluh Dua

32- عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ عَنْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ غَيْرَهُ فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيهٍ. (الترمذي وأبو داود)
32 - Dari Zaid bin Thabit r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "SemogaAllah menyerikan wajah dan memperelokkan keadaan orang yang mendengar dari kami sebarang hadis lalu ia memeliharanya (dengan ingatannya atau dengan tulisannya), supaya ia dapat menyampaikannya (kepada orang lain); - kerana boleh jadi ada pembawa sesuatu hadis hukum kepada orang yang lebih faham daripadanya dan boleh jadi juga pembawa sesuatu hadis hukum itu, ia sendiri bukanlah seorang yang memahaminya."(Tirmizi dan Abu Daud)
Hadis yang ketiga puluh dua ini menerangkan tentang:
(1) Kelebihan orang yang berkhidmat memelihara hadis-hadisRasulullah s.a.w.
(2) Orang yang menyampaikan hadis disyaratkan "Hafaznya"tidak disyaratkan "Fahamnya".
Huraiannya;
(1) Kelebihan orang yang berkhidmat memelihara Hadis-hadis Nabi S.A.W.
Orang-orang yang memelihara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. amatlahbesar jasanya! Apabila mendengar sesebuah hadis,  mereka menghafaznya atau menulisnya dengan cermat,  kemudian mereka menghebahkannya dengan sepenuh tanggungjawab.  Ini bermakna mereka bekerjasama dengan Rasulullah s.a.w. menunaikan kewajipan dalam hal mengembangkan agama Islam yang dibawa oleh Baginda. Dengan yang demikian, sudah selayaknya perkhidmatan mereka mendapat balasan yang sebaik-baiknya.
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa perkhidmatan mereka dihargai oleh Baginda dengan mendoakan semoga Allah Taala menyerikan wajah mereka dan menjadikan mereka berpuas hati dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepada mereka di dunia dan di akhirat.
(2) Orang yang menyampaikan hadis disyaratkan menghafaznya dan memeliharanya betul-betul, tidak disyaratkan memahaminya.
Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. hendaklah disebarkan. Apa yang mesti disebarkan itu ialah kata-kata yang disabdakan oleh Baginda.
Ada pun tentang makna maksud hadis-hadis itu, terpulanglah kepada masing-masing memahaminya, kerana boleh jadi orang yang menyampaikan sesebuah hadis itu tidak memahaminya atau kurang mendalaminya, meskipun demikian, ia berkewajipan juga menyebarkannya. Dalam pada itu, boleh jadi orang yang disampaikan kepadanya itu boleh memahami lebih mendalam dari orang yang menyampaikannya.










seorang aku..

Tuesday, October 4, 2011

Bila jejari mula menari..

Alhamdulillah...
Bila jejariku mula menari..tiada kata secantik bahasa tiada madah secantik wajah...

Keayuan  Mieza Hashim terserlah pada hari pertunangannya...Muda2an bakat sy akan terus bkembang...





seorang aku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger